.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Upacara menanam pokok jambu Vietnam di Laman SPBT merupakan acara kemuncak pada hari itu.
2:07 AM | 0 Comments
Anugerah Kecemerlangan Akademik
Majlis Kecemerlangan Akademik bagi murid cemerlang sesi 2008 telah diadakan 4 April 2009 bertempat di foyer sekolah. Majlis dirasmikan oleh Dato’ Hoh Hee Lee selaku wakil Menteri Pelajaran Malaysia yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian MCA Serdang. Dalam ucapan beliau sempena majlis itu, murid dinasihatkan supaya gigih berusaha kerana kejayaan tidak semestinya datang selepas mendapat keputusan peperiksaan SPM. Menurut beliau lagi, usaha yang berterusan dan kerajinan menentukan kejayaan seseorang kerana kejayaan tidak semestinya dalam bidang akademik semata-mata.
Pada majlis itu juga anugerah diberikan kepada tokoh murid berjasa dan tokoh murid 2008. Semoga majlis seperti ini menjadi pendorong kepada murid-murid untuk belajar dengan lebih bersemangat._dan murid cemerlang dalam SPM dan PMR. Majlis turut dihadiri YDP PIBG iaitu Tn Hj Azemi Mohd Tawil. Majlis diserikan persembahan silap mata dan koir oleh murid-murid berbakat.-TINTA 2009
2:31 AM | 0 Comments
Lawatan 3 Dalam 1 Ke SMKBBSL
Pada 26 dan 28 Mac 2009, pihak sekolah amat berbesar hati kerana menerima kunjungan daripada tiga buah sekolah dari tiga buah negeri. Antaranya ialah, SMK Sg Isap , Pahang, SMK Seri Sepang, Selangor dan SMK Juaseh, Negeri Sembilan.
Kedatangan rombongan pelawat-pelawat ini adalah untuk melihat sendiri amalan Sains Pertanian di SMKBBSL dan juga sebagai medan perkongsian ilmu. Rombongan daripada SMK Sg Isap 7 orang guru dan 40 orang murid manakala SMK Juaseh pula membawa lebih kurang 40 orang guru daripada pelbagai bidang.
Pihak sekolah juga telah menyediakan agenda sambutan yang tidak kurang menariknya khas untuk pelawat-pelawat ini. Antaranya mereka dibawa melawat ke bengkel pertanian, taman-taman pertanian, Bilik BOSS dan Bilik Kokurikulum. _TINTA2009
2:24 AM | 0 Comments
2:16 AM | 0 Comments
Pledge Taking Ceremony – Chong May Yi
The students pledged and signed the pledge which was witnessed by their parents. They pledged to study hard, pay attention in class, finish their work, and do their best.
The ceremony ended with a standing ovation of parents and students.
2:06 AM | 0 Comments
Program Mentor Mentee
Program Mentor Mentee merupakan satu program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diadakan pada hari Jumaat dari jam 7.30 hingga 8.10 pagi. Setiap mentor perlu mengendalikan aktiviti yang telah dirancang oleh kaunselor sekolah pada setiap sesi perjumpaan. Seorang mentor perlu mengendalikan lebih kurang 10 hingga 12 orang mentee. Murid yang tidak terlibat dalam program ini akan berada di kelas masing-masing untuk mengikuti latih tubi. Program ini diharapkan dapat menjana warga sekolah yang cemerlang sahsiah dan akademik yang lebih terbimbing. _TINTA 09
Copyright © 2008 tintasmkbbsl. All Rights Reserved.
Design by Padd IT Solutions - Blogger Notes Template by Blogger Templates