Wadah 3 Teknik Menjawab Kimia oleh Encik Wong


Tekun mendengar ceramah..agak-agaklah boleh tak Hazmi ni jadi seperti Prof Madya Mohamad...?

Wadah 2 haluan Kerjaya oleh Prof Madya Mohamad B. Kasim


Kau sentuh hidungku...ku sentuh hidungmu....


Kemesraan terjalin dalam kalangan murid berbilang kaum dan berlainan sekolah

Chicken Dance...mencetuskan keceriaan pagi Sabtu



Kanan ..kiri...kanan..kiri ..depan..belakang..


Penceramah Encik Mohamad Zahir

Kanan..kanan..kanan..kanan..kiri..kiri..Peserta melakukan aktiviti bersama-sama
Encik Mohd Zahir

Wadah 1 bermula

Peserta berkumpul di Foyer untuk mengikuti Wadah 1

Pendaftaran peserta dari SMK Dusun Nanding dan SMK Abdul Jalil
Program RIMUP kelompok Daerah Hulu Langat melibatkan 3 buah sekolah iaitu SMKBBSL, SMK Abdul Jalil dan SMK Dusun Nanding telah diadakan pada Sabtu 8 Ogos bertempat di SMKBBSL. Program yang bertemakan Menyuluh Wadah Perjuangan SPM ini bermula pada pukul 8 pagi hingga 1.30 tengah hari melibatkan kumpulan murid aliran sains tulen.

Program ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Wadah 1; Mengubah Set Minda oleh En Mohd Zahir B Mohamad. Wadah 2 bertajuk Haluan Kerjaya dalam Bidang Kimia oleh Prof madya Mohamad B. Kasim dan Wadah 3 merupakan ceramah teknik menjawab mata pelajaran Kimia oleh Encik Wong.

Johan mendeklamasikan sajak wakil 5 Gigih



Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang Minggu Interaktif SPBT


Johan drama dari kelas 3 Jujur

Kumpulan drama 3 Kreatif


Aksi peserta drama daripada 2 Kreatif



Barisan panel hakim sedang mengadili pertandingan drama
Pertandingan mendeklamasikan sajak untuk kategori menengah atas

Peserta kuiz tekun menjawab soalan

Minggu Interaktif SPBT diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz bertulis, pertandingan melukis poster, pertandingan mendeklamasikan sajak kategori tingkatan 4 dan 5 berdasarkan teks antologi Anak Laut dan Kerusi serta pertandingan drama kategori tingkatan 1, 2 dan 3 berdasarkan teks Phantom of The Opera.

Pasukan kawad KRS

Segar ya bayam-bayam ini...


Padi-padiku masak semua...
Lawatan ADUN Dusun Tua ke taman pertanian SMKBBSL

Perkhemahan unit-unit beruniform


Persembahan menarik daripada Kadet Bomba dan KRS

Tetamu kehormat yang hadir ADUN Dusun Tua dan YDP Tn Hj Azmi menyaksikan pertandingan kawad kaki

Persembahan daripada Kadet Remaja Sekolah

Pertandingan Kawad kaki acara kemuncak Gala Kokurikulum dimenangi pasukan Puteri Islam

Hai... ambikla gambar kami ni...

Encik Mazlan menunjukkan strategi menggoreng daging berger...

Rasalah jus tembikai segar lagi berkhasiat tak mahal RM1.50 segelas. Inilah masanya nak merasa air hasil buatan Pn Maheran dan Pn Hasnah

Jagung bakar...mmm pandai juga pengakap-pengakap ni membakar jagung, jaga-jaga nanti hangus pula..

Kerepek pedas..hmmm sedap juga..

Karipap pusing pun sedap RM1, 3 biji...


Nasi lemak antara makanan yang dijual..RM1.20 cukup murah

Hai..mengapalah kita berdua yang kena kupas buah-buah ni...


Nasi dagang masakan Ustazah Zaiton... RM3 sepinggan anjran Kelab Koperasi

Cubalah sushi kami... Persatuan Bahasa Jepun

Jualan gerai Persatuan Bulan Sabit Merah....mari-mari jagung manis, kek coklat sedap...

Mari-mari belilah jambu kami dijamin segar lagi sedap....


Pada 27 -28 Jun Gala Kokurikulum 2009 telah diadakan buat julung-julung kalinya di SMKBBSL. Gala yang berlangsung selama dua hari itu mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik antaranya jualan makanan oleh persatuan dan kelab, pesembahan daripada setiap unit beruniform, pertandingan kawad kaki dan perkhemahan .

About

Tinta