5 Dinamik Bantu Ceriakan Laman SPBT

Sekumpulan murid 5 Dinamik telah membantu pihak sekolah menceriakan Laman SPBT. Aktiviti yang dijalankan ini berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan untuk menanam rasa sayang tanggungjawab terhadap sekolah. Mereka telah mengecat semula kerusi dan meja batu yang terdapat di laman SPBT serta menanam pokok-pokok di situ. Komitmen yang diberikan oleh kumpulan murid ini amat membanggakan pihak sekolah. – TINTA 2009











Kejohanan Sukan di IKBN, Dusun Tua

Buat pertama kalinya Kejohanan Sukan Tahunan Sesi 2009 SMKBBSL telah diadakan di luar dari kawasan sekolah iaitu di Istititut Kemahiran Belia Negara yang terletak di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor pada 28 Februari yang lalu. Kejohanan anjuran Unit Kokurikulum SMK Bandar Baru Sungai Long ini merupakan acara tahunan yang diadakan khusus untuk memberikan peluang kepada para murid yang berbakat dalam bidang sukan menunjukkan kebolehan mereka.
Pelbagai acara telah dipertandingkan contohnya tarik tali, lompat tinggi, lompat jauh, lari 100m, 200m, 400m, 800m dan 1500m. Selain acara padang, pertandingan menghias rumah sukan juga turut diadakan di samping acara perbarisan rumah sukan dan badan-badan beruniform.
Acara sukan tahunan ini sememangnya satu acara yang dapat meningkatkan semangat dan daya saing yang sihat dalam kalangan murid sekolah di peringkat glokal seterusnya mengasah bakat mereka ke peringkat global.









About

Tinta